Usahawan Muda Perabot Jati



Mohamad Norhafizan Bin Nordin,Nama samaran Bos Ijan Pengasas di Hafizan Enterprise.Beliau berasal dari Sri Medan, Batu Pahat, Johor, dan lahir pada 15 Januari tahun 1993.Ayah beliau bernama  Nordin Bin Kassim, ibu beliau pula bernama Towiah Binti Sarlan .Bos ijan hanya berkelulusan Pernilaian Menengah Rendah (PMR) sahaje.Pada tahun 2009 - 2010 beliau Bekerja dalam industri perladangan Dan pada tahun 2010 - 2016 pula beliau berkhidmat sebagai operator jengkaut .Beliau mula berniaga pada tahun 2015 hingga la ke hari ini  sekarang beliau menjadi Pengasas di Hafizan Enterprise.Selain itu,Hafizan Enterprise juga banyak memberi Sumbangan makanan, Al-Quran untuk rumah anak yatim, Pusat Tahfiz dan orang yang memerlukan.Bos ijan merupakan salah seorang usahawan berjaya di Malaysia yang pakar dalam pembekalan perabot. Beliau dilahirkan dalam keluarga miskin dan sering tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.Beliau telah mencuba pelbagai jenis kerja untuk mengeluarkan dirinya daripada kemiskinan. Pada tahun 2016,beliau memutuskan untuk menubuhkan perniagaan bekalan perabot terpakai sendiri untuk membantu orang yang  tidak mampu membeli perabot.Beliau kemudiannya menubuhkan kilang pembuatan perabot jati di Japara, Jawa Tengah Indonesia pada 2018 dan mula membekalkan perabot jati itu ke Malaysia.Beliau menjual  perabot jati kekal di bawah harga pasaran bagi membantu orang ramai yang tidak mampu membeli perabot jati.Perniagaan itu menjadi viral di Facebook, TikTok dan semua platform media sosial pada tahun 2020 dan dia mampu menjual lebih daripada 18 kontena perabot jati semasa musim perayaan pada tahun 2021 dan 2022.



Beliau mempunyai 7 cawangan perabot jati di sekitar Johor; Beliau telah membuka 20 gerai tembikai dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang kehilangan pekerjaan atau menganggur semasa lockdown 3.0 pada tahun 2021. Namun di sebalik kejayaan ini,beliau juga pernah ditipu dalam perniagaan oleh pembekal pada 2018 dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM 450,000 .Beliau telah kehabisan modal dan hampir berputus asa ketika itu namun beliau bangkit dengan lebih kuat selepas kegagalan dan membina kejayaan perabotnya di Malaysia.Beliau mempunyai Niat untuk membantu usahawan muda dalam membina daya tahan dan kekal dalam laluan dan kembali dalam permainan selepas kegagalan. Kerja pintar adalah penting dalam meletakkan usaha minimum yang menyebabkan kesan maksimum pada hasilnya; Pemikiran kretif dalam penyelesaian masalah.Beliau Tidak pernah berpuas hati dan melangkah keluar dari zon selesa.Beliau akan terus belajar  dan belajar semula untuk kekal di hadapan  dan tidak mudah berputus asa.Beliau Sedia menerima cabaran baharu untuk membangunkan minda pertumbuhan; Mengubah masalah menjadi peluang itu la beliau..


PAGE FB : PERABOT BARU DAN TERPAKAI MURAH :

https://www.facebook.com/hafizanenterprise

YOUTUBE : ADING IJAN CHANNEL :

https://www.youtube.com/channel/UCxMuFksVAjLx Oi8B3RPOfBQ

TIKTOK : HAFIZAN ENTERPRISE :

https://www.tiktok.com/@hafizanenterprise__?_t=8Y0M2C8cQYE&_r=1








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jw seri Beauty Dan Jamu Warisan

Founder ROYALE PREMIUM BRANDING